Model Samudra
Sebuah model samudra merujuk kepada objek atau class yang dipadankan dengan jadual dalam pangkalan data.
Pemadanan dan interaksi dengan pangkalan data diuruskan oleh
pakej peewee dan berperanan mentakrifkan bentuk data serta hubungkait
sesama data.
Setiap model tersimpan dalam direktori samudra/models dan mewarisi BaseModel yang mempunyai dua medan asasi: id
dan tarikh_masuk.
Data Kamus
Model Utama
Buat masa ini terdapat 4 model yang berfungsi memegang data kata-kata:
- Lemma
- Konsep
- Cakupan
- KataAsing
Hubungkait antara setiap model digambarkan sebegini:

Model Pengantara
Model Cakupan dan KataAsing bersambungan dengan Konsep secara padanan banyak kepada banyak.
Oleh itu, perlunya ada model pengantara yang memegang data perhubungan tersebut:
- CakupanXKonsep
- KataAsingXKonsep
Rujukan
Maklumat lanjut boleh rujuk Models